SEGAMAT: “Tiada lagi kelibat helikopter Fennec lalu di ruang udara kampung kami Bukit Kepong selepas ini.” Itulah luahan Shahril Tukimin, 42, salah seorang rakan Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak semalam. Dia mengenali Mohamad Amir sejak kecil dan turut belajar di sekolah yang sama dari sekolah rendah hingga menengah. “Saya masih ingat, setiap kali dia perlu melintas ruang udara kampung kami, dia akan hantar mesej dalam kumpulan WhatsApp memberitahu akan terbang tidak lama lagi. Kami berasa teruja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya