TERKINI GEMPA BUMI TAIWAN: 8 rakyat Singapura selamat

TERKINI GEMPA BUMI TAIWAN: 8 rakyat Singapura selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seramai lapan rakyat Singapura daripada 71 mangsa gempa bumi di Taiwan berjaya diselamatkan selepas kesemua mangsa terperangkap dalam bencana yang melanda paling dahsyat dalam sejarah di negara itu, Rabu lalu.

Lapor Channel News Asia, daripada jumlah itu, Kementerian Luar Taiwan mengumumkan enam mangsa dari United Kingdom, tujuh dari Amerika Syarikat dan 25 yang lain dari Jerman.

Bagaimanapun, seorang rakyat Kanada dan dua warga Australia dilaporkan masih hilang.

Gempa bumi berukuran 7.2 skala Richter menyebabkan 10 mangsa meninggal dunia dan 1,000 yang lain cedera.

Bencana itu mengakibatkan kerosakan harta benda serta gangguan bekalan elektrik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya