JAKARTA: Polis Indonesia mengesahkan pihaknya telah menahan Rio Reifan berhubung jenayah penyalahgunaan dadah mengaitkan pelakon tersebut. Penangkapan itu disahkan ketua hubungan masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Ade Ary Syam menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada portal Liputan6. “Kami sudah membuat semakan kepada balai polis Metro Jakarta Barat, benar saudara RR (Rio Reifan) sudah ditahan berhubung kes penyalahgunaan dadah. “Polis kini sedang melakukan siasatan dan pemeriksaan terperinci,” jelasnya. Lapor portal itu lagi, penangkapan tersebut adalah yang kedua selepas pelakon berkenaan, pada 19 April 2021 ditangkap kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 0.21…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya