Terengganu perlu terokai industri hidrogen hijau - Sultan Mizan - Utusan Malaysia

Terengganu perlu terokai industri hidrogen hijau – Sultan Mizan

SULTAN Mizan Zainal Abidin menyampaikan titah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu Ke-62 di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan negeri agar meneroka industri hidrogen hijau sebagai sumber tenaga hijau dan boleh diperbaharui.

Sultan Mizan bertitah, penjanaan pendapatan baharu itu perlu diteroka dengan sebaiknya bagi menjamin kemakmuran dan perkembangan ekonomi negeri yang berterusan.

Baginda bertitah, Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) dijangka dapat membantu Malaysia meneroka pasaran hidrogren hijau global bernilai sekurang-kurangnya RM824 bilion menjelang 2050.

“Inisiatif HETR ini perlu diambil peluang oleh kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai peneraju utama di dalam sumber tenaga hijau.

“Justeru itu, segala tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan untuk penghasilan hidrogen hijau melalui sumber tenaga boleh baharu perlu diberi penekanan agar dapat dikembangkan teknologi pengeluarannya yang cekap serta mampan,” titah Baginda.

Sultan Mizan bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu Yang Ke-62 di Istana Syarqiyyah, di sini, hari ini.

Seterusnya, baginda menitahkan kerajaan negeri agar menjalankan kerjasama dengan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini bagi mempercepatkan pembangunan industri hidrogen hijau.

“Untuk pembangunan infrastruktur yang diperlukan bagi pengeluaran, penyimpanan dan pengedaran hidrogen hijau, kerajaan negeri haruslah membuat kerjasama ini.

“Dengan usaha yang betul, Beta berkeyakinan kerajaan negeri mampu menarik pelaburan dari dalam dan luar negara bagi membiayai pengeluaran hidrogen hijau.

“Melalui inisiatif ini, kerajaan negeri boleh menawarkan insentif seperti harga tanah industri yang berpatutan dan pasukan petugas khas bagi menarik peluang pelaburan dalam industri hidrogen hijau di Terengganu,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya