KUALA TERENGGANU : Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri sedang berusaha keras bagi memastikan pelaburan itu dapat direalisasikan. Menurutnya, pembangunan di negeri Terengganu kini berada pada landasan yang tepat dan seimbang, dengan tumpuan diberikan terhadap usaha mengembangkan ekonomi serta memastikan kesejahteraan hidup rakyat. “Hal ini telah pun disusun, dalam Belanjawan 2024 kerajaan negeri Terengganu bagi meneraju era baharu Terengganu melalui tiga fokus utama. “Tiga fokus itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya