SIK: Setiap pegawai dan anggota tentera yang diberi tanggungjawab menjaga sempadan tanah air perlu memandang serius kes membawa masuk senjata api dari luar yang menggunakan laluan darat untuk dibawa masuk ke negara ini. Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pemilikan senjata api oleh warga tempatan dan pendatang asing kebelakangan ini menunjukkan kegiatan itu mungkin melibatkan aspek penyeludupan haram di samping barang terlarang lain terutama dadah. “Kita tidak tahu di mana punca dan asal senjata-senjata itu dibawa masuk tetapi kita yakin kemungkinan penyeludupan melalui sempadan negara adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya