PETALING JAYA: Kes tembakan yang berlaku di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan mana-mana kepentingan awam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Kata beliau,kes ini tidak melibatkan sebarang elemen keganasan dan sekali lagi ditegaskan suasana di KLIA ketika ini dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Jangan keluarkan sebarang ulasan atau komen yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, beri ruang kepada polis untuk jalankan siasatan,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi.
Mangsa yang merupakan pengawal peribadi itu dipercayai mengalami kecederaan di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan stabil. – UTUSAN