Tembak KLIA: Suspek diminta serah diri

Tembak KLIA: Suspek diminta serah diri

langkah dubai
MOHD. SHUHAILY MOHD. ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis meminta suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 untuk tampil menyerah diri di mana-mana balai polis terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, lelaki berusia 38 tahun yang menyasarkan tembakan ke arah isterinya namun terkena pengawal peribadi diminta berbuat demikian secara aman dan memberi kerjsama sementara polis giat mengesan suspek.

Kata beliau, pihaknya juga ketika ini melancarkan operasi mengesan selain mengarahkan Jabatan Sisatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejak suspek.

“Saya amat menyarankan suspek supaya dapat memberi kerjasama dengan menyerah diri secara aman kepada mana-mana balai polis.

“Dalam konteks ini pihak polis mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan merbahaya.

“Justeru itu orang awam melihat suspek ini dapat berkongsi maklumat namun jangan bertindak sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek tercedera akibat terkena tembakan tersebut.

Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan kritikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN