Tembak KLIA: Isteri suspek dinasihat tidak keluar kenyataan

Tembak KLIA: Isteri suspek dinasihat tidak keluar kenyataan

Kawasan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu diletakkan pengimbas senjata bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada lelaki yang melepaskan tembakan dan terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung suaminya.

Farah Md Isa atau dikenali Farah Cie dalam hantaran Facebook berkata, dia telah menerima nasihat daripada peguam untuk berbuat demikian.

“Saya menerima nasihat daripada pihak peguam untuk tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan kes ini sementara waktu.

“Suspek (suami) sedang dalam buruan. Rujuk setiap kenyataan rasmi pihak polis yang sahih,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam kejadian 1.20 pagi itu membabitkan seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN