KUANTAN: Pengunjung ke Grand Bazaraya Makmur Aidilfitri di Dataran Sekilau di sini berpeluang menyaksikan kelibat persembahan santai dua permainan kostum atau cosplay Transformer iaitu Bumblebee dan Optimus Prime menari setiap hari di situ. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengendali perkhidmatan tersebut, Farra Nur Diana Mohd. Shukri, 26, berkata, sejak ‘muncul’ di situ bermula 23 Mac lalu, dua cosplay berkenaan menambat hati pengunjung bazar tersebut untuk bergambar dan merakam video. “Kami membuat persembahan ujian selama tiga hari sebelum berada di sini dan ternyata ia mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung terutama kanak-kanak.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya