KUANTAN: Lokasi pembuangan beras dan barangan makanan di Rumpun Makmur, Kuala Krau di sini yang tular sejak kelmarin dikenal pasti tidak berlesen. Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, susulan itu, pihaknya mengambil langkah awal dengan melakukan penutupan bagi tujuan siasatan. Katanya, pelaksanaan penutupan itu dilakukan dengan memasang pita penghalang dan papan tanda amaran larangan membuang sampah. “Kita telah ke lokasi kejadian dan mendapati sebahagian daripada sisa buangan seperti yang tular dalam gambar tiada di lokasi mungkin kerana ada pihak yang telah mengambil dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya