PETALING JAYA : Pelakon, Amar Baharin, 39 memohon penjelasan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Selangor berikutan kes tanah milik keluarganya belum ada jalan penyelesaian.
Menerusi perkongsian di X, Amar mendakwa tanah yang terletak di Semenyih itu mempunyai dua geran tanah yang berbeza selepas membuat lawatan tapak tanah di sana.
“Sewaktu melawat tapak tanah, sudah ada sebuah rumah yang dibina atas tanah itu. Jadi mak saya pergi berjumpa tuan tanah itu.
“Diringkaskan cerita, tuan tanah itu kata itu tanah dia, siap tunjuk geran. Mak saya pon tunjuk juga geran asal yang dia pegang selama berpuluh tahun, siapa yang bayar cukai tanah,?” katanya.
Sebelum ini, Ammar berkata ibu dan arwah ayahnya pernah ke PTG Selangor tentang isu ini tapi masih belum mendapat jawapan hingga ke hari ini.
“Arwah ayah dan mak pernah ke PTG Negeri Selangor untuk isu ini dan pihak sana menjanjikan untuk ganti tanah mak dengan tanah yang lain tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan.
“Apabila ditanya tentang perkembangan terbaru, kakitangan pejabat tanah cakap Selangor sudah tiada tanah yang kosong,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia berharap PTG Selangor akan memberi jawapan untuk masalah itu. Selain itu, dia turut Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat bersama-sama menyelesaikan masalah yang menimbulkan kekelliruan ini.