Syafiq Kyle doakan Mimi Lana di Tanah Suci - Utusan Malaysia

Syafiq Kyle doakan Mimi Lana di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syafiq Kyle, mendoakan agar hubungannya bersama Mimi Lana akan menemui jalan terbaik ketika menunaikan umrah baru-baru ini.

Menurut Syafiq, setakat ini, hubungannya dengan Mimi Lana masih baik dan dianggap sebagai kawan.

“Antara salah satu doa di Tanah Suci ialah hubungan dengan semua orang, keluarga termasuklah Mimi. Apabila ada pengharapan dalam hati itu, saya sulamkan dengan doa. Saya pun memang tak berhenti berdoa di Tanah Suci.

“Saya bukan individu yang layak untuk beri kata putus tentang apa yang terjadi. Masing masing pun dapat melihat, jika mahu hakimi pun terpulang.

“Apa yang saya boleh cakap, Alhamdulillah, kami masih berbaik dan berkawan. Mahu kata lebih, saya pun tak berani,” katanya.

Syafiq ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana dan sidang media filem Sherrif, di sini, semalam.

Maklum dengan komen warganet yang berharap agar hubungannya dan Mimi sampai ke alam perkahwinan, Syafiq bagaimanapun berharap masyarakat agar teruskan berdoa.

“Teruskanlah berdoa untuk saya dengan Mimi. Jika saya yang pegang butang makbul itu, saya sudah makbulkan. Tetapi bukan saya yang pegang.

“Kita manusia, saya pun bukannya matang dan pandai sangat untuk bercakap. Saya hanya boleh reda dan terima,” katanya.

Terdahulu, majlis pernikahan pasangan selebriti, Mimi Lana dan Syafiq Kyle yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos tahun lalu dibatalkan.

Kedua-dua pasangan itu bagaimanapun tidak membuka mulut mengenai punca sebenar kejadian itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya