PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Harawi, 38, ditahan di Kota Bharu, Kelantan.
Beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, penahanan suspek dilakukan di satu lokasi yang terletak di negeri berkenaan.
“Ya, saya sahkan, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya. – UTUSAN