Suspek tembak anggota Maritim Malaysia hingga buta dalam senarai dikehendaki

Suspek tembak anggota Maritim Malaysia hingga buta dalam senarai dikehendaki

VICTOR Sanjos (kiri) semasa melawat anggota Maritim Malaysia yang cedera akibat insiden berbalas tembakan di perairan Kunak, Sabah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang daripada tiga suspek yang diburu kerana menembak cedera dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berada dalam senarai orang dikehendaki.

Komander Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos berkata, suspek merupakan bukan warganegara dan berada dalam senarai orang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara ini.

“Kita sudah kenal pasti sebenarnya cuma saya tak boleh dedahkan identitinya kerana usaha-usaha mengesan dan menjejak serta buat tangkapan, kita tengah usahakan.

“Namun, seorang suspek kita yakin melalui pegawai-pegawai terlibat dalam pertempuran ini dan dua suspek lagi kita tengah kenal pasti,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Semalam, dalam kejadian pada pukul 8.40 pagi, dua anggota Maritim Malaysia cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan lanun atau perompak laut di perairan Kunak.

Insiden itu mengakibatkan Ketua Bot Banggi 48 iaitu Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, cedera di bahagian mata sebelah kiri manakala, seorang kru bot, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin,35, cedera di kedua-dua belah tangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN