HULU TERENGGANU: Seorang suri rumah di Kampung Jaya Baru, Ajil dekat sini berdepan detik cemas selepas melihat seekor beruang berkeliaran di belakang rumahnya, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Latifah Abd. Rahman, 59, sedang memetik pucuk paku pakis sebelum melihat kelibat haiwan berkenaan yang datang dari arah semak. Katanya, pada mulanya dia sudah berasa agak pelik setelah terdengar sekumpulan kera berbunyi bising seperti ada sesuatu dan membuatkannya melihat serta memerhatikan persekitaran. “Saya mula rasa tidak sedap hati lalu pergi ke tempat yang dirasakan lebih selamat sambil terus memerhati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya