KEMAMAN: Seorang sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah di negeri ini didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang gadis, Jumaat lalu. Tertuduh, Shahar Rudin Abd. Rashid, 53, mengangguk faham dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin. Mengikut pertuduhan, Shahar Rudin didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 25 tahun dengan cara memeluk bahagian pinggang bagi maksud mencabul kehormatannya. Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada Jumaat lalu pada pukul 7 petang di Pantai Teluk Mak Nik di sini. Tertuduh didakwa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya