KUALA KRAI: Sepasang suami isteri maut selepas kereta jenis Honda Accord yang dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan di Kilometer 76, Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Jambatan Pahi, di sini semalam. Kejadian pukul 4.34 petang itu, lelaki berusia 54 tahun dan isterinya, 50 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah selepas tercampak keluar dan tersepit di dalam kereta. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan mendapati, semasa kejadian pasangan tersebut dalam perjalanan dari arah Pasir Puteh menghala ke Sungai Sok, di sini. Menurutnya, setibanya di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya