KLANG: Pasangan suami isteri yang ditahan polis pada hujung bulan lalu kerana membekal senjata api kepada seorang lelaki Israel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini. Bagaimanapun, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar. Berdasarkan pertuduhan, Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dituduh memiliki senjata api jenis CZ 75 P-01 CAL.9 Luger sementara suaminya Abdul Azim Mohamad Yasin, 43, pula dituduh ada bersama dan mengetahui isterinya memiliki senjata tersebut. Kesalahan itu dilakukan pada 29 Mac lalu kira-kira pukul 8 malam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya