HULU SELANGOR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan dua pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) bagi memantau semua aktiviti calon yang bertanding ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, semua kaedah dan bahan kempen adalah dibenarkan selagi mana ia tidak mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan. Menurut beliau, bahan kempen juga tidak boleh mempunyai unsur pekauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan termasuk 3R (agama, raja, kaum) serta tidak melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya