PETALING JAYA: Kuasa untuk menentukan sama ada enam kerusi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kosong atau sebaliknya kini terletak kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan sama ada berlaku kekosongan terhadap enam kerusi Parlimen tersebut akan dimuktamadkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau Speaker. Menurutnya, keputusan tersebut akan dibuat selepas Speaker mendapatkan pandangan daripada pentafsir undang-undang seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya