Sokongan pengundi Melayu kepada DAP meningkat - Utusan Malaysia

Sokongan pengundi Melayu kepada DAP meningkat

ONG KIAN MIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekutu Pakatan Harapan (PH), DAP memperoleh peningkatan lapan peratus sokongan kaum Melayu dalam pilihan raya negeri (PRN,  tahun lalu.

Menerusi satu kajian bertajuk ‘Meneliti Kejayaan DAP Pada PRN 2023’ yang disediakan Felo Pelawat Institut Yusof Ishak (ISEAS), Dr. Ong Kian Mian, parti itu secara keseluruhannya meraih sokongan lima peratus pengundi pada 2023 berbanding tahun sebelumnya yang merangkumi lapan peratus sokongan kaum Melayu dan dua peratus bangsa Cina.

Data itu menggunakan butiran pusat mengundi dan data aliran pengundian untuk 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi oleh DAP bagi meneroka kesan hubungan baharunya terhadap sokongan pengundi.

Bagaimanapun menurut kajian itu, tanpa sokongan pengundi UMNO yang rata-rata merupakan kaum Melayu sekali pun, DAP mampu menang dengan selesa dalam PRN itu.

“DAP mungkin masih akan memenangi sekurang-kurangnya empat puluh satu kerusi DUN ini tanpa pemindahan undi BN/UMNO, tetapi bekerjasama dengan UMNO membolehkan DAP menang dengan margin selesa di beberapa kerusi yang biasanya menjadi kerusi marginal untuk parti itu.

“Peningkatan sokongan kepada DAP adalah tertinggi di Negeri Sembilan, iaitu 6.7 peratus, diikuti Selangor pada 5.2 peratus Pulau Pinang pada 4.3 peratus dan akhirnya Kedah pada 1.4 peratus,” kata kajian yang dikeluarkan ISEAS.

Secara umumnya, DAP menerima peralihan pengundi Melayu yang melibatkan dalam kalangan pengundi berumur yang menunjukkan kesetiaan kepada Barisan Nasional (BN).

“Kajian ini menunjukkan menunjukkan bahawa jangkauan akar umbi UMNO masih agak berkesan di kalangan pengundi yang lebih berusia tetapi kurang berkesan di kalangan pengundi muda,” menurut kajian itu.

Bagaimanapun sokongan purata bagi Perikatan Nasional (PN) membabitkan kerusi ditandingi DAP meningkat daripada 13.1 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kepada 19.2 peratus pada PRN 2023.

“Ini jelas, lebih banyak undi Melayu yang sebelum ini menyokong BN lari ke PN berbanding PH.

“Kajian mendapati empat daripada lima pengundi Melayu yang sebelum ini menyokong BN di kerusi berkenaan mengundi PN pada pilihan raya negeri 2023,” kata kajian itu.

Menurut kajian itu, ia menyatakan bahawa pada masa hadapan, cengkaman DAP terhadap kerusi tersebut mungkin menjadi lemah, akibat perubahan demografi dan jika peratusan keluar mengundi rendah dan sokongan kepada PH dan DAP berkurangan di kalangan pengundi bukan Melayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN