Siapakah dua lelaki berlegar-legar di kompleks mahkamah?

Siapakah dua lelaki berlegar-legar di kompleks mahkamah?

Avitan Shalom diiringi dengan ketat oleh polis ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan memperdagangan pistol dan peluru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kehadiran dua lelaki `menimbulkan keraguan munasabah’ di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini beberapa minit sebelum Avitan Shalom didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan enam pucuk pistol dan memiliki 158 butir peluru.

Lelaki pertama; memakai kemeja lengan panjang dan seluar warna gelap, pada mulanya dilihat bertanya kepada anggota Rela yang berkawal di hadapan Mahkamah Sesyen mengenai prosiding membabitkan Avitan di mahkamah terbabit.

Pada ketika itu, kira-kira 20 wartawan daripada pelbagai agensi media tempatan dan luar negara sedang menunggu di luar dewan mahkamah sebelum dibenarkan masuk kira-kira pukul 10.10 pagi.

Lelaki berkemeja itu kemudian dilihat mundar-mandir di kaki lima mahkamah tersebut sebelum `ditegur’ oleh kakitangan bahagian keselamatan mahkamah dan diminta beredar dari  lokasi terbabit. 

Namun, lelaki berkenaan tetap dilihat mundar-mandir dan turut mengambil gambar media dan pasukan keselamatan di hadapan mahkamah terbabit. 

Tidak lama selepas itu, beberapa anggota polis berpakaian preman dilihat melakukan pemeriksaan badan terhadap lelaki berkenaan. Kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan di mahkamah selepas pemeriksaan tersebut.

Sementara itu, lelaki kedua; mendakwa dirinya merupakan seorang peguam mewakili keluarga individu yang hendak dibunuh Avitan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Avitan yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport Perancis bertujuan untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga.

`Peguam’ terbabit dilihat dan didengar menghubungi salah seorang anggota pendakwaan memohon untuk dibenarkan masuk ke dalam dewan mahkamah bagi mendengar prosiding terbabit.

Bagaimanapun, `peguam’ itu tetap tidak dibenarkan masuk oleh anggota keselamatan mahkamah kerana tidak mempunyai pas.

Pihak pendakwaan ketika ditemui mengesahkan menerima panggilan daripada `peguam’ terbabit tetapi memaklumkan mereka tidak mengetahui kebenaran dakwaan lelaki itu yang kononnya hadir bagi pihak lelaki yang hendak dibunuh tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN