KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan pengakuan bersalah dan hukuman penjara enam bulan serta denda RM12,000 terhadap seorang bekas juruteknik aplikasi sosial berhubung hantaran bersifat jelik melibatkan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah, bulan lalu. Hakim Datuk Ahmad Bache memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan Chiok Wai Loong, 34, dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen berlainan agar pertuduhan sama dibacakan semula terhadapnya. Tertuduh kemudian mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali atas pertuduhan itu dan dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya