BUTTERWORTH : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang memberi amaran kepada pengendali syarikat bas ekspres supaya menyediakan pemandu kedua untuk perjalanan melebihi 300 kilometer (km) bagi memastikan keselamatan penumpang lebih terjamin. Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata, syarat yang dikenakan itu dapat mengatasi serta mengurangkan risiko kemalangan maut terutamanya semasa musim perayaan. “Perjalanan melebihi 300 km mesti kena ada pemandu kedua. Tetapi, banyak syarikat pengusaha bas yang gagal sediakannya. “Antara alasan yang selalu diberikan ialah, pemandu kedua dikatakan akan naik di terminal seterusnya untuk menggantikan pemandu pertama, sedangkan, sudah termaktub…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya