SEPANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membayangkan sebuah negara akan menyertai program Autogate di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Kawalan JIM, Noorul Adzim Ateman ketika ditanya pemberita mengenai usaha penyuraian kesesakan teruk Terminal 1 ketika ini. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan negara terkini itu dan bilakah pemegang pasportnya akan dapat dimasukkan dalam program berkenaan. “Perkara ini akan diumumkan kemudian tetapi saya difahamkan dalam masa terdekat,” katanya yang menjangkakan rakyat negara itu sebagai amat berisiko rendah bagi Malaysia. Autogate pada asalnya untuk pemegang Pasport Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya