Saya rasa tak adil, alasan diberikan tidak logik - Kamal Adli - Utusan Malaysia

Saya rasa tak adil, alasan diberikan tidak logik – Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Itu satu cubaan membunuh. Tempoh dua tahun dipenjara itu tidak adil.”

Demikian reaksi pelakon, Kamal Adli susulan hukuman penjara dua tahun yang dikenakan terhadap penyerangnya, Muhammad Nabil Rashid, 34, oleh mahkamah Singapura hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kamal berkata, dia tidak dimaklumkan oleh mana-mana pihak berhubung keputusan tersebut dan menegaskan dakwaan terhadapnya tidak benar sama sekali.

“Jenayah yang dilakukan sebenarnya sangat ekstrem, sampai ketuk kepala. Saya tak kenal pun siapa dia. Tuduhan kononnya saya mencabul saudara wanitanya jug atidak benar sama sekali. Dia delusi.

“Saya tak pernah kenal, kacau atau terlibat dengan hidup dia. Saya sendiri sampai sekarang masih keliru apa sebab utama dia mengetuk kepala saya sampai sebegitu teruk. Tetapiu saya sudah agak alasan kesihatan mental dia.

“Saya tak buat salah apa-apa, sebab itu saya rasa hukuman tersebut tidak adil. Tetapi saya tidak boleh buat apa-apa. Pihak penganjur acara tersebut juga seperti ‘lepas tangan’. Tak apa, saya anggap ini ujian,” katanya.

Individu yang menyerang Kamal menggunakan cota di Singapore Expo pada Mac tahun lepas dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura semalam.

Lelaki warga Singapura itu mengaku bersalah atas pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap individu lain pada Januari lalu.

Dalam kenyataannya, Muhammad Nabil mendakwa melakukan kesalahan itu kerana beranggapan Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, telah mencabul saudara wanitanya.

Sementara itu, Kamal yang juga suami kepada pelakon, Uqasha Senrose masih trauma dan takut untuk terlalu sosial selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

“Sampai sekarang trauma itu masih ada. Nak berkongsi apa-apa di Instagram pun saya jadi takut sebab sesiapa sahaja boleh track down kita. Dua tahun saya cuba kawal rasa trauma ini.

“Enam bulan saya tidak boleh bekerja, tak boleh bertemu sesiapa. Tetapi pihak penganjur juga seolah tidak bertanggungjawab, Hanya selesaikan bil hospital tanpa sebarang pampasan lain. Kecewa juga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya