'Saya ibarat janda terperangkap di rumah sendiri' - Utusan Malaysia

‘Saya ibarat janda terperangkap di rumah sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita warga emas mahu stesen perhentian bas di depan rumahnya dirobohkan kerana kemudahan itu sering mengganggu kehidupannya.  

Lapor Metro UK, Parvinder Webra, 75, berkata, dia tidak menikmati kebebasan dalam hidupnya kerana sebanyak 14 bas akan berhenti dan bergerak setiap sejam.

Situasi itu menyebabkan tidurnya sering terganggu, malah dia pernah terlepas janji temu bagi menjalani pembedahan kanser selepas bas yang rosak menghalang keretanya keluar. 

Wanita berpangkat nenek dari Richmond, barat london itu berkata, dia juga kerap terlepas mendapatkan penghantaran dokumen penting ke rumahnya serta acara keluarga.

Webra malah berasa rimas dengan sikap penumpang bas yang sering melemparkan gelas, menghisap rokok dan menekan loceng rumahnya untuk menggunakan tandas. 

Tekanan demi tekanan yang dialaminya menyebabkan kesihatannya terganggu sehingga disahkan menghidap darah tinggi pada 2015. 

“Saya menderita akibat tidak sihat. Saya juga menghidap asma dan tidak boleh buka pintu atau tingkap semasa cuaca panas kerana asap rokok, pencemaran lalu lintas dan risiko keselamatan. 

“Tiada siapa pernah peduli bagaimana saya melalui kehidupan selama 30 tahun di sini. Saya ibarat janda yang terperangkap di rumah sendiri,” luahnya. 

Stesen bas berkenaan dibina sejak 1999, ketika wanita itu membeli rumah berkenaan 20 tahun lalu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya