BUKIT JELUTONG: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengaku tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan Muaz Zabir sebaliknya hanya mengada-adakan kemesraan bersama pelakon baru itu.
Kata Bella tindakannya itu adalah semata-mata untuk membuat suaminya, Aliff Aziz yang sekarang ini terkait huhungan cinta dengan dua wanita lain, cemburu.
“Sebenarnya sejak semalam saya mengetahui perkara ini dari rakan-rakan terdekat dan netizen pun sudah bercakap.
“Saya faham perkara ini juga berlaku secara mendadak. Tapi netizen boleh fikir mengapa perkara ini hanya berlaku sekarang sedangkan esok adalah sebutan kes penceraian saya?
“Sebenarnya kes ini telah terjadi tahun lepas. Ia sudah lama dan niat saya adalah untuk buat suami saya cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang Aliff.
“Jadi bila saya menggunakan seseorang untuk buat suami saya cemburu, kerana pada ketika itu dia curang bersama dua wanita yang lain, Saya nak perhatian dia.
“Saya harap dengan cara itu dia akan berk saya perhatian dan cemburu,” katanya.
Bagaimanapun, Bella mengakui tindakannya itu merupakan satu kesalahan dan perkara itu telah pun diselesaikan bersama Alif dan keluarganya sebelum ini.
“Budak lelaki ini baik. Bila kita tak rasa dihargai, dan rasa macam sampah, datang pula seseorang yang memberi perhatian.
“Saya akui saya manusia biasa, dan ini adalah kesilapan saya yang pertama saya selama 10 tahun saya bersama dengan Aliff.
“Bagaimanapun kita sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga termasuk di Singapura. Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Penang jadi tiada masalah apa-apa,” katanya.
Sejak kejadian itu, Bella mengakui Aliff semakin sayang kepadanya dan masing-masing sudah bertaubat.
Namun perubahan Aliff nampaknya tidak berkekalan apabila dia sekali lagi mula berkelakuan aneh selepas menjayakan penggambaran bersama Ruhainies.
“Bila dia mula penggambaran dengan Ruhainies, dia sudah tukar password. Jadi mungkin mereka nak menutup kes khalwat dan gunakan kes saya sebagai senjata.
“Aliff tidak sedarkah Ruhainies hanya menggunakan dia? Sedangkan Aliff apa yang saya ada mengenai dia. Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz.
“Orang marah dan cakap saya bodoh. Tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap jadi saya berkorban,” katanya.
Terdahulu, tular di platform TikTok apabila sebuah akaun mendedahkan perbualan dan gambar mesra Bella Astillah yang dikatakan bercinta dengan pelakon, Muaz Zabir.
Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.-UTUSAN