Saya akui kesilapan - Ruhainies - Utusan Malaysia

Saya akui kesilapan – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ruhainies, menyifatkan kontroversi hebat yang melandanya dua bulan ini sebagai pengajaran terbesar dalam hidupnya. 

Menerusi satu temu bual bersama program hiburan, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, berlapang dada apabila namanya menjadi bahan kecaman masyarakat di media sosial. 

“Saya harap semua pihak maafkan saya agar saya dapat mulakan hidup baru. Saya akui kesilapan. Saya tidak akan bercerita dari pihak saya tentang apa yang berlaku kerana enggan keruhkan keadaan.

“Saya ambil semua ini sebagai ujian yang ada hikmahnya. Apa yang netizen kecam, saya tak boleh nak salahkan mereka. Kalau saya di tempat mereka pun, saya jadi lebih marah.

“Sebagai manusia biasa, saya tak lari dari kesilapan, saya minta maaf dan tidak mahu ia dipanjangkan. Saya mahu berdamai agar semua orang gembira,” jelasnya. 

Walaupun kemelut membabitkan dirinya bersama pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah belum reda, Ruhainies bagaimana pun masih berharap agar Bella dapat menerimanya kembali sebagai sahabat.

“Ini pengajaran yang mahal untuk saya. Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa. Hanya mahu semua pihak bersatu semula.

“Saya tahu sangat susah untuk saya terima semua ini tapi saya tidak mahu paksa Bella terima saya semula. Saya faham selepas ini kita akan susah untuk berkawan semula. 

“Semestinya saya mahu kembali berkawan, tapi Bella lebih banyak terima impak yang besar,” katanya. 

Tidak berkongsi di media sosial, Ruhainies mendedahkan telah berusaha untuk membetulkan keadaan dan sempat berdoa agar keadaan menjadi lebih baik semasa menunaikan umrah.

“Mungkin orang luar tidak tahu bagaimana saya cuba untuk membetulkan  keadaan. Semua ini ambil masa dan saya tidak mahu memaksa. 

“Semasa di Mekah saya banyak berdoa agar semuanya jadi lebih baik. Saya tahu ia kedengaran mustahil, tapi saya nak minta maaf kepada Bella dan semua yang terlibat. Berdamailah,” katanya. 

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan tangkap layar perbualan romantis yang dipercayai antara Ruhainies dan Aliff Aziz. 

Sebelum itu, kontroversi tercetus apabila Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

Susulan daripada kejadiaN itu, pelakon Bella Astillah telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Aliff Aziz pada 13 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya