Sarah Yasmine kenalan saya - Anna Jobling - Utusan Malaysia

Sarah Yasmine kenalan saya – Anna Jobling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pelakon, Anna Jobling, 24, memilih untuk tidak berselindung dengan mengakui kekasih gelap aktor, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine merupakan kenalannya.

Bercakap kepada pemberita, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia mengenali Sarah sewaktu pertama kali berjumpa di Celebfest Singapura pada tahun lalu.

“Dia merupakan kenalan saya. Kami berjumpa pertama kali pada satu acara festival di Singapura sekitar Disember lepas.

“Dia datang ke reruai saya selama tiga hari dan meluangkan masa bersama saya serta pasukan saya, dia sangat baik dengan kami.

“Peminat tahu saya macam mana, kalau orang itu tiada masalah dengan saya, maka saya pun tiada masalah dengan orang berkenaan,” katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Gema Lebaran Anna Jobling di Royale Palace, di sini, malam tadi.

Selain itu, ditanya berhubung pandangannnya mengenai personaliti Sarah, secara peribadi, kata Anna wanita berkenaan seorang yang sangat baik.

Dalam pada itu, Anna berkata dia tidak tahu menahu mengenai pendedahan yang dibuat oleh Sarah di media sosial kerana wanita itu tidak pernah berkongsi tentang perkara tersebut dengannya.

Malah, jadual kerja yang padat turut menjadi faktor utama mengapa Anna tidak begitu mengambil tahu mengenai kontroversi yang sedang tular di media sosial kini.

“Tentang isu kontroversi tersebut saya tak tahu langsung sebab dia sendiri tak pernah kongsi dengan saya.

“Saya pun sibuk dengan kerja saya dengan jadual yang padat, jadi saya tiada masa nak masuk campur dengan isu berkenaan.

“Tambah pula saya tak tanya fasal isu peribadi dekat dia,” jelasnya.

Sementara itu, Anna mengakui tidak terkejut namanya terkena tempias isu kontroversi yang berlaku kini kerana menganggap ia sudah menjadi lumrah artis.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kecaman yang diterima tidak menganggu kerjanya.

“Saya tak terkejut sebab sudah biasa terkena tempias dengan isu-isu yang tiada kena mengena dengan saya.

“Bagi saya ia normal dan saya okay sahaja. Lagipun kecaman yang saya terkena itu tidak menganggu kerja saya,”katanya.

Pada Isnin, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak awal Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu.

Pada masa sama, tular foto Sarah bersama Anna didakwa mereka berkawan baik.

Malah netizen juga kurang senang serta kecewa dengan perkara berkenaan.

Menerusi hantaran di muat naik di Instagram, Sarah juga berkongsi foto mesra bersama Aliff dan paparan skrin mesej antara aktor itu dengan pelakon dipercayai Ruhainies.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya