JEMPOL: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan di sekitar Bahau dan Bandar Seri Jempol di sini, selepas dipercayai terbabit dalam kes samun berkumpulan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas warga asing dalam kejadian Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kira-kira pukul 9.30 malam 21 April lalu, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki warganegara Myanmar yang mendakwa dia serta dua lagi rakannya telah disamun oleh empat individu di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Bahau. Menurutnya, dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 20 hingga 28 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya