Samping ‘instant’ mudahkan urusan, bukan tidak cukup jantan - Utusan Malaysia

Samping ‘instant’ mudahkan urusan, bukan tidak cukup jantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon dan usahawan, Datuk Aaron Aziz berpendapat pemakaian samping segera adalah sebuah inovasi yang banyak memudahkan urusan lelaki di hari raya.

Sepanjang lima tahun menjual samping raya di Singapura, sambutan yang diterima sangat menggalakkan menyebabkan pelakon KL Gengster 2 itu mula meluaskan pasaran ke Malaysia tahun ini.

“Saya sudah pasarkan samping instant sejak lima tahun lalu, cuma fokus jualan adalah kepada rakyat Singapura di bazaar. Sambutan yang diterima memang sangat bagus.

“Oleh itu, tahun ini kita cuba keluarkan semula dan luaskan pasaran kepada masyarakat di Malaysia.

“Idea rekaan ini hanya satu iaitu untuk memudahkan kaum lelaki. Berdasarkan pengalaman sendiri, jika pakai samping biasa, baru beraya tiga buah rumah sudah tidak selesa.

“Kedudukannya pun mudah senget dan renyuk apalagi kalau kita bawa motor atau menaiki kereta,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Aaron berkata demikian bagi mengulas perdebatan warganet di media sosial yang berpendapat lelaki dewasa seolah-olah tidak cukup jantan jika memakai samping segera.

Penerima dua kali trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular itu bagaimanapun menghormati pendirian sesetengah orang yang ingin mengekalkan pemakaian samping dengan kaedah tradisional.

“Namun jika ada yang berpendapat memakai samping instant
membuatkan anda tidak cukup jantan, itu pandangan masing-masing.

“Perkara seperti ini saya ibaratkan seperti lauk. Tidak semua suka makan nasi lemak dan nasi ayam. Jadi, tak mengapa,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Aaron bakal tampil menerusi filem aksi rompakan terbaharu bertajuk The Experts.

“Menariknya tentang cerita ini, ia mengisahkan tentang seorang Mafia yang tidak ganas, sebaliknya cenderung menggunakan strategi untuk menewaskan musuh.

“Saya turut melakonkan satu babak aksi di mana saya berlawan dengan tujuh orang musuh dalam filem ini,”

Filem itu turut dijayakan Mimi Lana, Remy Ishak dan Maya Karin dan bakal menemui penonton pada 23 Mei ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya