Sambutan meriah di acara kemuncak kempen ‘LBS FABULOUS EXTRA’ 2022-23

Sambutan meriah di acara kemuncak kempen ‘LBS FABULOUS EXTRA’ 2022-23

Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San diiringi lembaga pengarah LBS dan MGB di atas pentas bersama para pemenang bertuah di Acara Kemuncak LBS Fabulous Extra 2022-23 grand finale.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta Dimenangi Pemilik Rumah LBS

PETALING JAYA: Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), mengakhiri kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 dengan kejayaan yang membanggakan.

Acara yang berlangsung di galeri jualan KITA @ Cybersouth menandakan berakhirnya kempen yang menawarkan hadiah lumayan bernilai RM1,500,000.00 bagi 1,400 orang pembeli hartanah LBS yang bertuah.

Acara kemuncak cabutan bertuah LBS Fabulous Extra 2022-23 dimeriahkan dengan kehadiran lebih daripada 1,500 orang tetamu, yang terdiri daripada pembeli hartanah LBS dan pemenang cabutan bertuah LBS Fabulous Extra 2022-23.

Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San menyampaikan ucapan tahniah kepada kesemua pemenang yang hadir pada Acara Kemuncak LBS Fabulous Extra 2022-23 grand finale

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San berkata, “Bagi setiap pembeli rumah, penerimaan kunci rumah baharu mereka menandakan berakhirnya proses pembelian rumah mereka, namun bagi LBS, ia merupakan suatu detik permulaan yang istimewa.

“Dengan memiliki hartanah LBS, setiap pemilik akan berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran istimewa. Pada majlis cabutan bertuah Fabulous Extra kali ini, 17 orang pembeli hartanah bertuah telah memenangi Perodua Axia baharu.

Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San bersama salah seorang pemilik rumah bertuah yang memenangi Perodua Axia di majlis penyampaian hadiah.

“Pembeli-pembeli hartanah LBS yang lain turut memenangi pelbagai hadiah lain seperti, motosikal, set teater rumah dan basikal gunung. Ini jelas menunjukkan komitmen LBS yang bukan hanya sekadar menawarkan kediaman, malahan kami berhasrat untuk membina hubungan berpanjangan bersama pemilik rumah kami.

“Oleh itu, LBS memperkenalkan program kesetiaan pelanggan, LBS Perks and Plusses, khusus bagi setiap pemilik rumah LBS. Kini, kami telah bekerjasama dengan lebih daripada 50 rakan kongsi, yang sebahagian besar daripada mereka turut hadir bersama kita pada hari ini!

“Seperti musim perayaan lain, sempena sambutan Hari Raya ini, LBS telah melancarkan kempen ‘Emas Bling Bling Bersama LBS’ di mana para pembeli rumah LBS yang berjaya memiliki rumah idaman mereka sebelum penghujung Mei akan berpeluang untuk memenangi jongkong emas 999.9.

“Pendek kata, LBS mempunyai pelbagai tawaran menarik untuk semua. Akhir kata, sekalung tahniah kepada kesemua pemenang cabutan bertuah, dan saya berharap anda semua bergembira pada hari ini,” ujar Tan Sri.

Layari www.lbs.com.my dan galeri jualan virtual kami di https://virtualfair.lbs.com.my/ atau hubungi 1700 81 8998 untuk pertanyaan mengenai produk dan kempen terkini LBS. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN