Ribut petir, hujan diramal berlaku sebelah pagi Aidilfitri

Ribut petir, hujan diramal berlaku sebelah pagi Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa ne­geri diramal alami ribut dan hujan pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut 10 April ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, ribut, pe­tir dan hujan dijangka berlaku di Johor, Kelantan dan Terengganu pada pagi Rabu.

Selain itu di ketiga-tiga negeri itu, turut mengalami cuaca hujan dan ribut ialah di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Kapit di Sarawak manakala Sandakan di Sabah.

“Pada waktu petang pula, di­jangka ribut petir dan hujan berlaku di kebanyakan tempat di Perak dan Selangor.

“Ribut petir dan hujan turut dijangka melanda beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lum­pur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu serta Pahang dan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak serta Sandakan, Pedalaman dan Tawau di Sabah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, METMalaysia berkata, pada waktu malam dijangka berlaku ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang.

Katanya, beberapa kawasan di Sarawak dan pedalaman Sabah turut dijangka berhadapan situasi sama.

METMalaysia juga turut menjangkakan ribut petir dan hujan di beberapa tempat pada hari Khamis iaitu di Pahang, Johor dan Sandakan Sabah.

“Pada waktu petang pula, ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Perak. Selain itu, ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Di Sarawak, ia membabitkan Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala di Sabah membabitkan Sandakan, Pedalaman dan Tawau dan tempat lain dijangka tiada hujan.

“Pada waktu malam, ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang, manakala di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Kapit, serta Pedalaman di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, METMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN