BENTONG: Ribut dan hujan lebat melanda bazar Ramadan Felda Chemomoi dekat sini petang semalam menyebabkan beberapa khemah milik peniaga roboh dengan ada yang diterbangkan angin. Kejadian mencemaskan itu berlaku sekitar pukul 6.40 petang ketika bazar tersebut dipenuhi pengunjung yang sedang membeli juadah berbuka puasa. Ribut dengan angin kencang itu berlaku kira-kira 20 minit, mengakibatkan beberapa peniaga mengalami kerugian berikutan pelbagai makanan jualan seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman musnah. Seorang peniaga nasi ayam, Mohamad Sharilan Abd Rahim, 39, berkata, kejadian tersebut berlaku dengan pantas menyebabkan lebih 20 peniaga tidak dapat menyelamatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya