Ribuan doktor pelatih di Korea Selatan berhenti kerja

Ribuan doktor pelatih di Korea Selatan berhenti kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Hospital di Korea Selatan terpaksa membatalkan rawatan dan pembedahan penting selepas beribu-ribu doktor pelatih berhenti kerja sejak 20 Februari lalu. 

Tindakan itu sebagai tanda bantahan terhadap cadangan pembaharuan latihan perubatan yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan. 

Pasukan perubatan juga nekad mencetuskan mogok selama sebulan bagi menentang pembaharuan sektor berkenaan. 

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengecam tindakan ‘kartel’ anggota perubatan dan menegaskan kerajaan tidak sesekali akan berundur daripada melaksanakan rancangan tersebut.

Jelasnya, mereka juga berdepan ancaman dan tindakan undang-undang sekiranya meneruskan mogok berkenaan. 

Ribuan doktor berdepan risiko lesen perubatan mereka digantung, namun, Suk Yeol menggesa mereka kembali semula ke hospital sebelum proses tersebut diselesaikan. 

Korea Selatan berhasrat meningkatkan jumlah kemasukan ke sekolah perubatan sebanyak 2,000 pelajar mulai tahun depan. 

Langkah tersebut adalah penting bagi menangani kekurangan kakitangan dan merawat pesakit. -AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya