PENYAKIT tidak berjangkit (NCD) iaitu kencing manis dan tekanan darah tinggi dalam kalangan golongan muda berusia 30 hingga 40 tahun di negara dikesan menjadi punca peningkatan penyakit buah pinggang kronik (CKD). Lebih menyedihkan, seawal usia berkenaan, rata-ratanya sudah memulakan rawatan dialisis. CKD berlaku apabila buah pinggang kehilangan fungsi secara beransur-ansur. Ia lazimnya terjadi akibat tekanan darah tinggi, diabetes, jangkitan pada buah pinggang, glomerulonephritis dan penyakit yang diwarisi seperti ginjal polikistik. Hingga kini, masih belum ada sebarang rawatan untuk penyakit itu dan doktor akan menasihati pesakit agar menjalani terapi penggantian buah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya