Raja Puan Muda Perlis berkenan serah sumbangan buat 30 anak yatim - Utusan Malaysia

Raja Puan Muda Perlis berkenan serah sumbangan buat 30 anak yatim

TUANKU Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tiga dari kanan) berkenan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim bersempena Program Ziarah Mahabbah 2024 Edisi Kesembilan di Masjid Adnan, Trang, Thailand. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRANG, THAILAND: Seramai 30 anak yatim menerima sumbangan wang tunai bernilai RM200 bersempena Program Ziarah Mahabbah 2024 Edisi Kesembilan yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam sehingga Ahad ini.

Penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Masjid Adnan, di sini.

Turut sama dalam Program Ziarah Mahabbah pada kali ini adalah Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dan Penasihat Undang-undang negeri, Radhi Abas.

Pada majlis sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan Sumbangan Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan bernilai RM3,000 buat kariah masjid berkenaan.

Pelaksanaan Program Ziarah Mahabbah pertama kali dilaksanakan pada tahun 2015 lalu dan telah menunjukkan impak positif serta turut dijadikan sebagai program tahunan di bawah kendalian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Kerjasama strategik antara MAlPs dan Majlis Agama Islam (MAI) Enam Wilayah Andaman Thailand yang berterusan menerusi perkongsian pintar dalam pelbagai bidang turut diperkukuh dalam merealisasikan matlamat ummatan wahidah.

Pada edisi tahun ini, beberapa pihak turut menjalinkan kolaborasi dalam menjayakan Program Ziarah Mahabbah antaranya seperti Kerajaan Negeri Perlis, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), institusi pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan, swasta dan sebagainya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya