Raja Perlis berkenan terima mengadap PM - Utusan Malaysia

Raja Perlis berkenan terima mengadap PM

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail (dua dari kanan) dan Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid (kiri) berkenan menerima mengadap Anwar Ibrahim (kanan) di Kangar, Perlis, baru-baru ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Turut berangkat pada sesi mengadap itu adalah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Menurut kenyataan Istana Arau, sesi mengadap yang berlangsung lebih satu jam itu membincangkan beberapa perkara antaranya melibatkan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini.

“Selain itu, perbincangan turut melibatkan pembangunan negeri ini khususnya membabitkan perkara yang memerlukan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan,” kata kenyataan itu.

Menerusi lawatan beliau ke Perlis, Anwar dan delegasinya turut mengikuti Sesi Taklimat Pembangunan Negeri yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

Di samping itu, beliau juga berkesempatan berkunjung ke Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, di sini, dan mengikuti Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri yang diadakan di Masjid Nurul Huda, FELDA Chuping, Padang Besar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya