Raikan Syawal mengukuhkan perpaduan - Agong - Utusan Malaysia

Raikan Syawal mengukuhkan perpaduan – Agong

SULTAN Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama diseru meraikan kedatangan bulan Syawal dengan amalan ziarah-menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim serta  mengukuhkan perpaduan masyarakat.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, peluang kedatangan Syawal itu perlu diambil untuk saling bermaaf-maafan terutama dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kita sesama manusia, pasti ada yang tersinggung atau terasa hati.

“Semoga bulan yang mulia ini meningkatkan perasaan kasih sayang sesama kita,” titah Seri Paduka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi mengumumkan umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri esok, Rabu bersamaan 10 April 2024.

Bersempena Hari Raya Aidilfitri esok, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

“Sesungguhnya, kedatangan bulan Syawal ini disambut dengan penuh rasa gembira dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan.

“Akhir kata, marilah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga dikurniakan rahmat, keamanan dan kemakmuran yang sempurna lagi berkekalan kepada negara serta semua Bangsa Malaysia,” titah Seri Paduka.

Ini titah sulung perutusan Aidilfitri Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas Seri Paduka mengangkat sumpah pada 30 Januari lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN