PETALING JAYA: Sebuah pusat karaoke di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur yang baru sebulan beroperasi diserbu polis kerana menggaji wanita warga asing sebagai pekerja pelayan pelanggan (GRO). Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, polis menahan 16 individu iaitu seorang lelaki tempatan serta 15 wanita warga China. Semua yang ditahan berusia 23 hingga 38 tahun. Serbuan dilakukan menerusi Op Pintas Pusat Hiburan oleh Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya