GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mencatat sifar kemiskinan tegar menjelang 1 Jun tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan memandangkan kerajaan Pusat memberi keutamaan untuk membasmi miskin tegar. “Keutamaan diberikan untuk kategori keluarga di bawah kemiskinan tegar dengan kerjasama kerajaan negeri dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) ia (isu kemiskinan tegar) telah diselesaikan dalam tempoh sebulan. “Maknanya 1 Jun tahun ini, Pulau Pinang akan catat kosong kemiskinan tegar, itu satu yang amat membanggakan,” katanya di sini, semalam. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya