Ptptn anjur program jom kejut sahur di psa

PTPTN anjur Program Jom Kejut Sahur di PSA

PELAJAR PSA tidak melepaskan peluang menikmati juadah bersahur yang disediakan oleh PTPTN pada Program Jom Kejut Sahur di politeknik itu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENYEDARI beban kewangan yang dihadapi oleh pelajar Institusi PendidikanTinggi (IPT), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) menganjurkan Program Jom Kejut Sahur sempena bulan Ramadan ketika ini.

Program tersebut pertama kali diadakan oleh PTPTN pada bulan Ramadan tahun ini.

Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor menjadi IPT
yang terpilih untuk pelaksanaan program tersebut.

Pengurusan PTPTN dan PSA mengagihkan bungkusan makanan dari bilik ke bilik di kolej kediaman PSA pada Program Jom Kejut Sahur baru-baru ini.

Berlangsung di pekarangan Kolej Kediaman Aman (KAMSIS Aman), PSA pada 22 Mac lalu, sebanyak 370 bungkusan makanan sahur telah disediakan untuk pelajar politeknik berkenaan.

Program tersebut merupakanantara inisiatif PTPTN dalamm engeratkan silaturahim denganp elajar dan mengubah persepsin egatif terhadap peranan dan fungsi agensi itu.

Progran Jom Kejut Sahur PTPTN dan PSA baru-baru ini memberi peluang kepada agensi itu mendekati da berkongsi aspirasi dengan pelajar politeknik itu.

Ia juga bertujuan menjalinkan hubungan lebih positif antara PTPTN, IPT, Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) dan pelajar serta menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan dengan konsep
saling membantu dan berkongsi rezeki sekali gus meningkatkan imej positif PTPTN menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Melalui program itu, PTPTN telah menyedia dan mengagihkan bungkusan makanan kepada pelajar
sebagai juadah untuk bersahur.

Selain diagihkan di pekarangan kolej kediaman, agihan juga dilakukan dari pintu ke pintu bilik pelajar oleh pengurusan PTPTN dan PSA.

Turut hadir Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Dr. Haji Mohd Zahari
Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi, Encik Azhar bin Ahmad,
Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Ts. Dr. Ahmad Aftas bin Azman, Timbalan Pengarah Akademik,
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ts. Mohd Firdauz bin Mohd Radzi, Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Puan Wan Zawiah Wan
Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN