Projek Rumah Pahang di Felda siap 70 peratus

Projek Rumah Pahang di Felda siap 70 peratus

AMIZAR ABU ADAM ( dua kiri ) yang juga Pengerusi Kami Anak Felda ( KAF) Kebangsaan turun padang melihat sendiri perkembangan projek Rumah Pahang di Felda Jengka Sebelas, Maran hari ini. UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Projek Rumah Pahang di 10 rancangan Felda membabitkan  1,850 unit kini sudah  siap kira-kira 70 peratus sekali gus bakal memenuhi keperluan kediaman generasi baharu Felda di Pahang.

Rumah-rumah tersebut akan diserahkan segera kepada yang layak   setelah sijil layak menduduki ( CF) diperoleh dan turut dilengkapi  prasarana seperti elektrik  air serta laluan jalan ke  kawasan perumahan tersebut.

Bercakap kepada Utusan, Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri, Datuk Amizar Abu Adam berkata, kerajaan negeri komited supaya Rumah Pahang atau Perumahan Generasi Baharu Felda ( PGBF) itu dapat didiami dengan selesa dan selamat.

Menurut beliau, malah antara fokus utama sebaik dilantik Exco Hal Felda akan memastikan projek yang menjadi jantung  hati generasi baharu Felda dapat disiapkan segera tanpa berkompromi dari segi kualiti dan daya huni yang menarik.

“ PGBF yang telah diambil alih oleh kerajaan negeri Pahang dari Felda telah mencapai lebih  70 peratus siap.  Kontraktor dilantik berusaha keras projek ini dapat disiapkan tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa lawatan kerja di PGBF Felda Jengka Sebelas hari ini.

Di Maran, tapak projek terlibat di Felda Jengka 6 (10 unit), Kampung Awah (56 unit), Jengka 1 (120 unit), Jengka 11 (180 unit), Bukit Tajau (100 unit) manakala di Kuantan pula membabitkan Bukit Sagu (300 unit) dan 400 unit di Felda Keratong 7, Rompin.

Katanya, harga Rumah Pahang (PGBF) bernilai RM120,000 seunit membabitkan lot tengah dengan keluasan binaan 800 kaki persegi dan keluasan tanah 1,400 kaki persegi dan harga lebih murah daripada harga pasaran berikutan kerajaan mengurangkan nilai premium tanah.

“ Proses  pendaftaran telah pun dibuka kepada generasi baharu Felda di lokasi berkenaan dan kelulusan bergantung kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan.

“ Ada permohonan dibuka semula berikutan pemohon tidak mendapat kelulusan pinjaman bank dan ada juga pemohon telah meninggal dunia,“ katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN