GEORGE TOWN : Pulau Pinang berharap agar dua projek utama negeri ini iaitu projek air Perak-Pulau Pinang dan projek lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua dapat dilaksanakan dengan bantuan Kerajaan Pusat. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, dua projek itu yang kini dalam peringkat perbincangan merupakan fokus utama kerajaan negeri dan kedua-duanya juga dalam perhatian Kerajaan Pusat. “Semalam, ketika taklimat pembangunan Pulau Pinang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya tekankan mengenai kedua-dua projek ini dan sukacita saya maklumkan bahawa, Anwar prihatin dengan projek ini. “Dengan kehadiran beberapa individu termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya