Polis rakam keterangan tiga rakan pemilik syarikat bagi sahkan wang RM500,000

Polis rakam keterangan tiga rakan pemilik syarikat bagi sahkan wang RM500,000

HUSSEIN Omar Khan (dua dari kiri) menunjukkan bagasi berisi wang tunai melebihi RM500,000 yang ditemukan di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara, Selangor. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis akan merakam keterangan tiga saksi yang juga rakan kepada pemilik syarikat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara di Petaling Jaya, miliknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ada beberapa perkara yang masih dalam siasatan polis dan tiga saksi itu akan tampil memberi keterangan minggu depan.

“Jika keterangan saksi terbabit menyokong dan membantu siasatan wang itu akan diserah kembali kepada pemiliknya.

“Bagaimanapun kertas siasatan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) terlebih dahulu dan menunggu arahan sebelum wang itu dapat diserah kembali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pemilik bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, disahkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesahkan pemilik sebenar dan sumber kewangan itu.

Berdasarkan rakaman CCTV, polis mengesahkan lelaki yang dirakam keterangan itu adalah individu sama membawa bagasi terbabit. 

Dia mendakwa bagasi itu dibawa keluar dari apartmen untuk dibawa pulang, namun tertinggal.

Pada 19 Mac lalu, pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah menemui bagasi berisi wang tunai berjumlah RM500,000 yang ditinggalkan di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Pengawal keselamatan berkenaan kemudian membuat laporan polis berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira pukul 8 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN