Polis Pulau Pinang bantu pantau suspek tembak isteri

Polis Pulau Pinang bantu pantau suspek tembak isteri

MOHAMED USUF JAN MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang bersedia membantu memantau keberadaan seorang suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikatakan telah melarikan diri ke utara, hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad ketika dihubungi di sini.

Bagaimanapun, Mohamed Usuf berkata, buat masa ini, pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai lelaki warga tempatan itu di Pulau Pinang.

“(Ya) polis akan pantau (kehadiran suspek) dan maklumat tersebut juga sudah dikongsi dengan Unit MPV (kereta peronda) dan sebagainya.

“Setakat ini, tiada maklumat (mengatakan) yang dia (suspek) sudah sampai ke Pulau Pinang,” kata beliau.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini dilaporkan berkata, lelaki terbabit yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan Terminal 1, KLIA di Sepang, Selangor dipercayai telah melarikan diri ke arah utara.

Akibat kejadian tersebut, pengawal peribadi itu mengalami kecederaan parah di bahagian perut sebelum dikejarkan ke Hospital Cyberjaya dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Dalam pada itu, ketika ini juga, polis dikatakan sudah mengenal pasti kenderaan dinaiki suspek iaitu Honda City berwarna putih dengan nombor pendaftaran WXU5666 dan sedang mengesan kenderaan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN