JAKARTA: Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia menumpaskan cubaan penyeludupan 19 kilogram (KG) dadah jenis syabu dari Malaysia.
Pengarahnya, Brigadier Jeneral Mukti Juharsa berkata, kesemua suspek berjaya diberkas di perairan Aceh Timur hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam dan Polis Wilayah Aceh.
“Seramai lima suspek diberkas dengan dua daripadanya bertindak sebagai pembekal, dua penerima dan seorang pengawal.
“Suspek mengaku dadah itu sepatutnya akan diedarkan ke beberapa tempat, Sabtu ini,” katanya lapor Kompas.com.
Nilai dadah tersebut bersamaan 10 juta rupiah (RM2,900) bagi setiap KG.