IPOH: Polis sedang mengesan tiga lelaki yang mempromosi pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di sekitar Bazar Ramadan Stadium Perak. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kegiatan kesemua lelaki dipercayai warga tempatan itu dikesan menerusi video tular di media sosial sejak semalam. Katanya, rakaman berdurasi seminit itu menunjukkan suspek mengedarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di setiap gerai di bazar Ramadan berkenaan. “Berdasarkan siasatan, aktiviti tiga lelaki itu bermula sejak tiga hari lalu di mana seorang daripada peniaga telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya